Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah bersedih hati atas saudara iparmu, kerana itu bahagian daripada amal kebaikannya

Teks Bahasa Arab

لا تَبْتَئِسِى على حَمِيمِكِ ، فإنَّ ذلك من حَسَناتِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Janganlah bersedih hati atas saudara iparmu, kerana itu bahagian daripada amal kebaikannya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1748, hadis no. 8816. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة: أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - دخل عليها، وعندها حميم لها يخنقه الموت، فلما رأى النبي - صلى الله عليه وسلم - ما بها قال لها: ((لا تبتئسي على حميمك؛ فإن ذلك من حسناته)). [هـ، ((الضعيفة)) (4772)]

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW datang menjenguknya, sementara di sampingnya ada saudara iparnya yang sedang bertarung nyawa. Ketika Nabi SAW melihat apa yang terjadi dengannya, Baginda bersabda kepada Aisyah: ((Janganlah bersedih hati atas saudara iparmu, kerana itu bahagian daripada amal kebaikannya.)) [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4772].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.