Janganlah bercelak ketika engkau berpuasa, bercelaklah pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

وكان أتي به النبي ﷺ، فمسح على رأسه وقال: «لا تكتحل وأنت صائم، واكتحل ليلا، الإثمد يجلو البصر، وينبت الشعر».

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah bercelak ketika engkau berpuasa, bercelaklah pada waktu malam, dan bercelaklah dengan al-Ismid (sejenis celak) kerana ia mencerahkan mata kalian dan akan menumbuhkan bulu mata.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1139, hadis nombor 5749. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن معبد بن هوذة الأنصاري -رضي الله عنه-: وكان أتي به النبي ﷺ، فمسح على رأسه وقال: «لا تكتحل وأنت صائم، واكتحل ليلا، الإثمد يجلو البصر، وينبت الشعر».
[تخ، د، هق، ((الضعيفة)) (3369)]

(Lemah)
Daripada Ma’bad bin Hauzah al-Ansari RA: beliau pernah dibawa kepada Nabi SAW, kemudian Rasulullah SAW mengusap kepalanya dan bersabda: “Janganlah bercelak ketika engkau berpuasa, bercelaklah pada waktu malam, dan bercelaklah dengan al-Ithmid (sejenis celak) kerana ia mencerahkan mata kalian dan akan menumbuhkan bulu mata."
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Abu Dawud dalam al-Sunan dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3369]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs