Janganlah azan untuk kamu orang yang idgham-kan huruf al-Ha

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "لا يُؤَذِّنُ لَكُمْ مَنْ يُدْغِمُ الَهاءَ"


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Janganlah azan untuk kamu orang yang idgham-kan huruf al-Ha’ ”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 16, hadis nombor 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الدارقطني عن أبي هريرة مرفوعا وقال: المتهم به علي بن جميل الرقي كان يضع على الثقات

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (yang disandarkaan kepada nabi) beliau berkata: Yang dituduh ialah ‘Ali bin Jamil al-Raqi beliau (mendustakan) hadith kepada perawi yang thiqah (dipercayai).


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs