Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Janganlah azan untuk kamu orang yang idgham-kan huruf al-Ha

Teks Bahasa Arab

حديث: "لا يُؤَذِّنُ لَكُمْ مَنْ يُدْغِمُ الَهاءَ"

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Janganlah azan untuk kamu orang yang idgham-kan huruf al-Ha’ ”.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 16, hadis no. 8. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الدارقطني عن أبي هريرة مرفوعا وقال: المتهم به علي بن جميل الرقي كان يضع على الثقات

Al-Daraqutni meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ (yang disandarkaan kepada nabi) beliau berkata: Yang dituduh ialah ‘Ali bin Jamil al-Raqi beliau (mendustakan) hadith kepada perawi yang thiqah (dipercayai).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.