Janganlah ada seseorang dalam kalangan sahabatku menyampaikan kepadaku sesuatu keburukan tentang sesorang

TEKS BAHASA ARAB

لا يبلغني أحد من أصحابي عن أحد شيئا فإني أحب أن أخرج إليكم وأنا سليم الصدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah ada seseorang dalam kalangan sahabatku menyampaikan kepadaku sesuatu (keburukan) tentang sesorang. Sesungguhnya aku mahu keluar menemui kamu dalam keadaan dadaku sejahtera (daripada berita keburukan).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 48, hadis nombor 22. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه أبو داود (13/206- عون) والترمذي (3897) وأحمد (1/396) وأبو الشيخ في أخلاق النبي (1/2/50) وفي التوبيخ (رقم 145) والبخاري في الكبير (2/1/394) ، والخطيب في التاريخ (11/10) وفي التلخيص (2/604) وابن عدي (1/275-276) وأبو زرعة الدمشقي في تاريخه (2/676) والبيهقى (8/167، 166) والبغوى في شرح السنة (13/148) من طريق الوليد بن أبي هشام عن زيد بن أبى زائدة، عن ابن مسعود فذكره مرفوعا. قال الترمذي: هذا حديث غريب من هذا الوجه.
قلت: وعلته الوليد هذا؛ فقد ترجمه ابن أبي حاتم في الجرح والتعديل (4/2/20) وحكى عن أبيه أنه قالَ ليس بالمشهور وقال الحافظ: مستور. وقدْ تفرد بالحديث فيما أعلم. والله أعلم. ثمَّ رأيت الخطيب روى الحديث في التلخيص (604/2) من هذا الوجه مطولآ وقال: لا أعلم روى عن زائدة سوى هذا الحديث وقع في كتاب أخلاق النبي : الوليد بن أبي هاشم والصواب هشام.

Dha’if(Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Abu Daud (13/206 –’Awn), al-Tirmizi (3897), Ahmad (1/396), Abu al-Syeikh dalam Akhlaq al-Nabi (1/2/50) dan dalam al-Tawbikh (hadith : 145), al-Bukhari dalam al-Kabir (2/1/394), al-Khatib dalam al-Tarikh (11/10) dan dalam al-Talkhis (2/604), Ibn ‘Adi (1/275-276), Abu Zur’ah al-Dimashqi dalam Tarikh beliau (2/676), al-Baihaqi (8/167,166), dan al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah (13/148) melalui sanad al-Walid bin Abi Hisham daripada Zaid bin Abi Zaidah daripada Ibn Mas’ud, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Al-Tirmizi berkata: "Ini adalah hadith gharib melalui sanad ini".
Saya berkata: ‘Illah (kecacatan) hadith ini adalah pada al-Walid tersebut. Ibn Abi Hatim dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (4/2/20) telah menyebutkan bigorafi beliau dan menceritakan daripada ayahnya (Abu Hatim) bahawa beliau pernah berkata: "Beliau tidak masyhur". Al-Hafiz berkata: "Mastur (tersembunyi – tidak diketahui)".Setahu saya, beliau bersendirian meriwayatkan hadith ini. Wallahua’lam. Kemudian, saya melihat al-Khatib telah meriwayatkan dalam al-Talkhis (2/204) melalui sanad ini dengan panjang lebar dan beliau berkata: "Saya tidak mengetahui ada diriwayatkan daripada Zaidah selain hadith ini". Tertulis dalam kitab Akhlaq al-Nabi; "al-Walid bin Abi Hashim", sebetulnya: "…Hisham".

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs