Janganlah ada seorang pun daripada kalangan lelaki yang masuk melalui pintu ini

TEKS BAHASA ARAB

لا يلجن من هذا الباب من الرجال أحد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Janganlah ada seorang pun daripada kalangan lelaki yang masuk melalui pintu ini.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 331, hadis nombor 1741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: إن رسول الله لما بنى المسجد جعل له بابًا للنساء وقال: ((لا يلجن من هذا الباب من الرجال أحد)). [الطيالسي، حل، ((الضعيفة)) (5981)].

(Munkar) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah ﷺ tatkala membina Masjid Nabawi, baginda menyiapkan satu pintu khas untuk kaum wanita. Baginda lalu bersabda: “Janganlah ada seorang pun daripada kalangan lelaki yang masuk melalui pintu ini.” [Riwayat al-Tayalisi dalam al-Musnad dan Abu Nu‘aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5981].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs