Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَلِجَنّ مِنْ هَذَا الْبَابِ مِنَ الرِّجَالِ أَحَدٌ.
Teks Bahasa Melayu
Janganlah ada seorang pun daripada kalangan lelaki yang masuk melalui pintu ini.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 331, hadis no. 1741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: إن رسول الله لما بنى المسجد جعل له بابًا للنساء وقال: ((لا يلجن من هذا الباب من الرجال أحد)). [الطيالسي، حل، ((الضعيفة)) (5981)].
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah ﷺ tatkala membina Masjid Nabawi, baginda menyiapkan satu pintu khas untuk kaum wanita. Baginda lalu bersabda: “Janganlah ada seorang pun daripada kalangan lelaki yang masuk melalui pintu ini.” [Riwayat al-Tayalisi dalam al-Musnad dan Abu Nu‘aym dalam Hilyah al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5981].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman