Jangan tinggal di pinggir bandar

TEKS BAHASA ARAB

لا تسكن الكفور؛ فإن ساكن الكفور كساكن القبور. ولا تأمرن على عشرة؛ فإنه من تأمر على عشرة جاء يوم القيامة مغلولة يده إلى عنقه؛ فكه الحق أو أوبقه الجور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan tinggal di pinggir bandar. Sesungguhnya, orang yang tinggal di pinggiran kota seperti seseorang yang tinggal di kuburan. Dan janganlah kamu menjadi pemimpin bagi sepuluh orang. Sesungguhnya sesiapa yang menguasai atas sepuluh orang, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tangannya tergantung ke tengkuknya. Sama ada hak (keadilan) akan merungkaikan (ikatan)nya atau kezaliman akan membinasakannya.

STATUS

Palsu pada perenggan kedua

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 842, hadis nombor 4320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع الشطر الثاني) عن ثوبان -رضي الله عنه- مولى رسول الله صلى الله عليه وسلم مرفوعا: ((لا تسكن الكفور؛ فإن ساكن الكفور كساكن القبور. ولا تأمرن على عشرة؛ فإنه من تأمر على عشرة جاء يوم القيامة مغلولة يده إلى عنقه؛ فكه الحق أو أوبقه الجور)).
[عد، هب، ((الضعيفة)) (4783)]

(Palsu pada perenggan kedua) Daripada Thaubān RA maula Rasulullah SAW secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Jangan tinggal di pinggir bandar. Sesungguhnya, orang yang tinggal di pinggiran kota seperti seseorang yang tinggal di kuburan. Dan janganlah kamu menjadi pemimpin bagi sepuluh orang. Sesungguhnya sesiapa yang menguasai atas sepuluh orang, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan tangannya tergantung ke tengkuknya. Sama ada hak (keadilan) akan merungkaikan (ikatan)nya atau kezaliman akan membinasakannya.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’ dan al-Baihaqī dalam Syu'ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4783]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs