Jangan sesekali salah seorang kalian itu berwuduk disebabkan makanan yang ia halal dimakan baginya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا يتوضأن أحدكم من طعام أكله حل له أكله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan sesekali salah seorang kalian itu berwuduk disebabkan makanan yang ia halal dimakan baginya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 431, hadis nombor 2319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي بكر الصديق – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا يتوضأن أحدكم من طعام أكله حل له أكله». [البزار، عد، الدارقطني في «الأفراد»، «الضعيفة» (6423)].

(Munkar) Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Jangan sesekali salah seorang kalian itu berwuduk disebabkan makanan yang ia halal dimakan baginya". [Riwayat al-Bazzar, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Daruqutni dalam al-Afrād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah no. 6423].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.