Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا يَتَوَضَّأَنَّ أَحَدُكُمْ مِنْ طَعَامٍ أَكلُهُ حِلٌّ لَهُ أَكْلَه.
Teks Bahasa Melayu
Jangan sesekali salah seorang kalian itu berwuduk disebabkan makanan yang ia halal dimakan baginya.
Sahabat Perawi
- Abu Bakr RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 431, hadis no. 2319. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي بكر الصديق - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «لا يتوضأن أحدكم من طعام أكله حل له أكله». [البزار، عد، الدارقطني في «الأفراد»، «الضعيفة» (6423)].
(Munkar) Daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Jangan sesekali salah seorang kalian itu berwuduk disebabkan makanan yang ia halal dimakan baginya". [Riwayat al-Bazzar, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Daruqutni dalam al-Afrād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah no. 6423].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman