Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يمنَعنَّ أحدُكُم أو : لا يمتنِعَنَّ أحدُكُم من السَّائلِ أن يعطيَهُ وإن رأى في يدِه قَلبَينِ من ذَهَبٍ
Teks Bahasa Melayu
Jangan salah seorang dari kalian menghalang orang yang memohon agar ditunaikan permintaannya walaupun dia melihat dua ketulan emas di tangan orang tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 897, hadis no. 4598. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا يمنعن أحدكم أو: لا يمتنعن أحدكم من السائل أن يعطيه وإن رأى في يده قلبين من ذهب. [البزار, عق, عد, فر, الضعيفة (5837)]
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Jangan salah seorang dari kalian menghalang orang yang memohon agar ditunaikan permintaannya walaupun dia melihat dua ketulan emas di tangan orang tersebut. [Al-Bazzar, Al-‘Uqailiy di dalam Al-Dhuafa’ Al-Kabir, Ibn ‘Adiy di dalam Al-Kamil Fi Al-Dhuafa’, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus, Al-Dha’ifah no 5837]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman