Jangan minta pendapat dari tukang tenun atau para pendidik

TEKS BAHASA ARAB

لا تستشيروا الحاكة ولا المعلمين ؛ فإن الله سلب عقولهم ؛ ونزع البركة من أكسابهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan minta pendapat dari tukang tenun atau para pendidik. Sesungguhnya Allah telah mencabut akal mereka dan menarik keberkatan dari rezeki-rezeki mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1789, hadis nombor 9016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: «لا تستشيروا الحاكة ولا المعلمين؛ فإن الله سلب عقولهم، ونزع البركة من أكسابهم». [إبن النجار، ابن الجوزي، «الضعيفة (842)].

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: “Jangan minta pendapat dari tukang tenun atau para pendidik. Sesungguhnya Allah telah mencabut akal mereka dan menarik keberkatan dari rezeki-rezeki mereka.” [Riwayat Ibn al-Najjar dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 842]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.