Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Jangan membasuh menggunakan air yang terkena panas terik matahari

Teks Bahasa Arab

حديث: "لا تغتسلوا بالماء الذي يسخن في الشمس، فإنه يعدي من البرص".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Jangan membasuh menggunakan air yang terkena panas terik matahari kerana ia boleh menyebabkan penyakit sopak”.

Sahabat Perawi

  1. Anas

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 8, hadis no. 9. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه العقيلي عن أنس مرفوعا، وقال: ليس في الماء المشمس شئ يصح مسندا، إنما يروى فيه شئ من قول عمر بن الخطاب وفي إسناده سوادة , وهو مجهول.

Al-Uqaili meriwayatkan daripada Anas secara marfu’(disandarkan kepada nabi). Al-Uqaili berkata: tidak ada satupun riwayat hadith berkenaan air Musyammas yang sahih sanadnya kepada Nabi SAW. Akan tetapi diriwayatkan sedikit daripadanya melalui perkataan Umar bin al-Khattab dan pada sanadnya terdapat seorang perawi bernama Sawadah sedangkan dia majhul (tidak dikenali).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.