Jangan melihat bawah lembah daripada atasnya, kerana tuduhan itu datangnya daripada hati

TEKS BAHASA ARAB

إن الغيرى لا تبصر أسفل الوادي مِن أعلاه. [إنما التجني في القلب].

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan melihat bawah lembah daripada atasnya, kerana tuduhan itu datangnya daripada hati.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 931, hadis nombor 4792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: وكان متاعي فيه خفة، وكان على جمل ناج، وكان متاع صفية فيه ثقل، وكان على جمل ثقال بطيء يتبطأ بالركب، فقال رسول الله -صلى الله عليه وسلم -: ((حولوا متاع عائشة على جمل صفية، وحولوا متاع صفية على جمل عائشة حتى يمضي الركب))، قالت عائشة: فلما رأيت ذلك قلت: يا عباد الله! غلبتنا هذه اليهودية على رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، قالت: فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((يا أم عبد الله! إن متاعك كان فيه خف، وكان متاع صفية فيه ثقل، فأبطأنا بالركب، فحولنا متاعها على بعيرك، وحولنا متاعك على بعيرها))، قالت: فقلت: ألست تزعم أنك رسول الله؟ قالت: فتبسم، قال: ((أوفي شك أنت يا أم عبد الله؟)) قالت: قلت: ألست تزعم أنك رسول الله؟ فهلا عدلت؟ وسمعني أبو بكر وكان فيه غرب أو حدة، فأقبل علي فلطم وجهي، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((مهلا يا أبا بكر))، فقال: يا رسول الله! أما سمعت ما قالت؟ فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الغيرى لا تبصر أسفل الوادي مِن أعلاه. [إنما التجني في القلب])).
[ع، أبو الشيخ في ((الأمثال))، ((الضعيفة)) (2985، 4967)].

(Lemah)
Daripada Aisyah RA – berkata: Barang-barang padaku ringan, dan Rasulullah pula menunggang suatu unta yang kuat, beliau juga membawa barang-barang yang sangat berat sehingga bebanan tersebut melambatkan unta untuk terus ditunggang oleh Rasulullah. Maka Rasulullah SAW pun berkata: “Alihkanlah barangan Aisyah ke unta yang membawa barangan rampasan dan alihkan barangan rampasan ke unta Aisyah sehingga unta dapat ditunggangi semula”. Aisyah pun berkata: Ketika aku melihat perkara itu aku pun berkata: “Wahai hamba Allah! Agama Yahudi telah mengatasi kita ke atas Rasulullah SAW”. Kemudian Rasullah SAW pun berkata: “Wahai Ummi Abdillah! Sesungguhnya barangan kamu ringan manakala hantar rampasan sangat berat sehingga melambatkan kami untuk menunggangnya. Maka kami memindahkan harta rampasan pada tunggangan kamu, dan memindahkan barang kamu pada tunggangan itu”. Aisyah pun berkata: Aku berkata: “Bukankah kamu mendakwa diri kamu sebagai utusan Allah?” Aisyah berkata: Kemudian baginda tersenyum dan berkata: “Apakah kamu berasa syak padaku wahai Ummi Abdillah? Dan aku berkata lagi: “Bukankah kamu mendakwa diri kamu sebagai utusan Allah? Tidakkah kamu berlaku adil?” Abu Bakar yang tidak jauh mendengar kata-kataku lalu beliau menghampiri dan menampar wajahku. Kemudian Rasulullah SAW pun bersabda: “Tenang wahai Abu Bakar”. Kemudian Abu Bakar pun berkata: “Wahai Rasulullah! Apakah kamu tidak mendengar kata-katanya?” Lalu Rasulullah SAW pun bersabda: “Jangan melihat bawah lembah daripada atasnya, kerana tuduhan itu datangnya daripada hati”.
[Riwayat Musnad Abi Ya’la, dan Abu Al-Syeikh dalam al-Amsal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no 2985, 4967].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs