Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الغيرى لا تبصرُ أسفلَ الوادي مِن أعلاه. [إنما التجنّي في القلب].
Teks Bahasa Melayu
Jangan melihat bawah lembah daripada atasnya, kerana tuduhan itu datangnya daripada hati.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 931, hadis no. 4792. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Aisyah RA – berkata: Barang-barang paaku ringan, dan Rasulullah pula menunggang suatu unta yang kuat, beliau juga membawa barang-barang yang sangat berat sehingga bebanan tersebut melambatkan unta untuk terus ditunggang oleh Rasulullah. Maka Rasulullah SAW pun berkata: “Alihkanlah barangan Aisyah ke unta yang membawa barangan rampasan dan alihkan barangan rampasan ke unta Aisyah sehingga unta dapat ditunggangi semula”. Aisyah pun berkata: Ketika aku melihat perkara itu aku pun berkata: “Wahai hamba Allah! Agama Yahudi telah mengatasi kita ke atas Rasulullah SAW”. Kemudian Rasullah SAW pun berkata: “Wahai Ummi Abdillah! Sesungguhnya barangan kamu ringan manakala hantar rampasan sangat berat sehingga melambatkan kami untuk menunggangnya. Maka kami memindahkan harta rampasan pada tunggangan kamu, dan memindahkan barang kamu pada tunggangan itu”. Aisyah pun berkata: Aku berkata: “Bukankah kamu mendakwa diri kamu sebagai utusan Allah?” Aisyah berkata: Kemudian baginda tersenyum dan berkata: “Apakah kamu berasa syak paaku wahai Ummi Abdillah? Dan aku berkata lagi: “Bukankah kamu mendakwa diri kamu sebagai utusan Allah? Tidakkah kamu berlaku adil?” Abu Bakar yang tidak jauh mendengar kata-kataku lalu beliau menghampiri dan menampar wajahku. Kemudian Rasulullah SAW pun bersabda: “Tenang wahai Abu Bakar”. Kemudian Abu Bakar pun berkata: “Wahai Rasulullah! Apakah kamu tidak mendengar kata-katanya?” Lalu Rasulullah SAW pun bersabda: “Jangan melihat bawah lembah daripada atasnya, kerana tuduhan itu datangnya daripada hati”. [Riwayat Musnad Abi Ya’la, dan Abu Al-Syeikh dalam al-Amsal. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no 2985, 4967].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman