Jangan laknat Tubba’

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا تلعنوا تبعا فإنه قد كان أسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan laknat Tubba’. Sesungguhnya dia telah memeluk Islam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1806, hadis nombor 9105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد الساعدي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لا تلعنوا تبعا فإنه قد كان أسلم)). [ابن وهب، ((الضعيفة)) (1939)]

(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Jangan laknat Tubba’. Sesungguhnya dia telah memeluk Islam.” [Riwayat Ibn Wahb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1939]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.