Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَلعَنوا تُبَّعًا فإنَّه قدْ كان أَسلَم.
Teks Bahasa Melayu
Jangan laknat Tubba’. Sesungguhnya dia telah memeluk Islam.
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1806, hadis no. 9105. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد الساعدي - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا تلعنوا تبعا فإنه قد كان أسلم)). [ابن وهب، ((الضعيفة)) (1939)]
(Lemah) Daripada Sahl bin Sa’ad al-Sa'idi RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): "Jangan laknat Tubba’. Sesungguhnya dia telah memeluk Islam." [Riwayat Ibn Wahb. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1939]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman