Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تلومونا على حُبِّ زيدً.
Teks Bahasa Melayu
Jangan kau salahkan kami kerana menyayangi Zaid.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1882, hadis no. 9480. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن قيس بن أبي حازم، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا تلومونا على حُبِّ زيدً)). [ك، (الضعيفة) (4795)]
(Lemah) Daripada Qais bin Abi Haazim, katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: “Jangan kau salahkan kami kerana menyayangi Zaid." [Riwayat al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da’ifah , no. 4795]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman