Sangat Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Jangan kamu tidur dari mencari rezeki kamu

Teks Bahasa Arab

لا تَناموا عن طلَبِ أرزاقِكُم فيما بينَ صلاةِ الفجرِ إلى طُلوعِ الشَّمسِ. فسئل أنس عن معنى هذا الحديث؟ فقال: تُسَبِّحُ وتكبر وتَستَغْفِرُ سبعين مرة، فعند ذلك يُنزلُ الرزق.

Teks Bahasa Melayu

Jangan kamu tidur dari mencari rezeki kamu di antara solat subuh sehingga terbit matahari. Lalu Anas ditanya akan maksud hadis ini. Beliau berkata: Kamu bertasbih, bertakbir dan beristighfar 70 kali, lalu pada ketika itu rezeki akan turun.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 641, hadis no. 3320. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أنس، قال: قال ﷺ: «لا تناموا عن طلب أرزاقكم فيها بين صلاة الفجر إلى طلوع الشمس». فسئل أنس عن معنى هذا الحديث؟ فقال: تسبح وتكبر وتستغفر سبعين مرة، فعند ذلك ينزل الرزق. [فر، «الضعيفة» (6991)]

(Sangat Munkar) Daripada Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu tidur dari mencari rezeki kamu di antara solat subuh sehingga terbit matahari. Lalu Anas ditanya akan maksud hadis ini. Beliau berkata: Kamu bertasbih, bertakbir dan beristighfar 70 kali, lalu pada ketika itu rezeki akan turun.” [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6991]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.