Jangan kamu nikahi kaum kerabat (sanak-saudara)

TEKS BAHASA ARAB

لا تنكحوا القرابة القريبة؛ فإن الولد يخلق ضاويا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kamu nikahi kaum kerabat (sanak-saudara), sesungguhnya anak itu akan diciptakan dalam keadaan lemah.

STATUS

Tiada asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 951, hadis nombor 4911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا): لا تنكحوا القرابة القريبة؛ فإن الولد يخلق ضاويا.
[((الضعيفة))(5365)]

(Tiada asalnya secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW)): Jangan kamu nikahi kaum kerabat (sanak-saudara), sesungguhnya anak itu akan diciptakan dalam keadaan lemah.
[Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5365].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.