Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تنكحوا القرابةَ القريبةَ ؛ فإن الولدَ يخلقُ ضاويًا.
Teks Bahasa Melayu
Jangan kamu nikahi kaum kerabat (sanak-saudara), sesungguhnya anak itu akan diciptakan dalam keadaan lemah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 951, hadis no. 4911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له مرفوعا): لا تنكحوا القرابة القريبة؛ فإن الولد يخلق ضاويا. [الضعيفة(5365)]
(Tiada asalnya secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW: Jangan kamu nikahi kaum kerabat (sanak-saudara), sesungguhnya anak itu akan diciptakan dalam keadaan lemah. [Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5365].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman