Jangan kamu menjadi hamba Allah yang menzalimi

TEKS BAHASA ARAB

كن عبد الله المظلوم ولا تكن عبد الله الظالم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jadilah kamu hamba Allah yang dizalimi dan jangan kamu menjadi hamba Allah yang menzalimi.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 72, hadis nombor 304. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

لم يرد بهذا اللفظ بل بلفظ: “كن عبد الله المقتول ولا تكن عبد الله القاتل”.

Tidak warid dengan lafaz ini, sebaliknya dengan lafaz: “Jadilah hamba Allah yang terbunuh dan jangan jadi hamba Allah yang membunuh”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs