Jangan kamu mengganggu orang berhampiran kamu serta solatlah seperti solat perpisahan

TEKS BAHASA ARAB

إذا سمعت النداء فأجب، وعليك السكينة، فإن أصبت فرجة وإلا فلا تضيق على أخيك، واقرأ بما تسمع أذنيك، ولا تؤذ جارك، وصل صلاة مودع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mendengar azan maka jawablah dan hendaklah kamu tenang kerana jika kamu mendapat ruang (untuk solat maka masuklah), jika tidak maka janganlah kamu menyempitkan saudara kamu dan bacalah bacaan yang didengari oleh telinga kamu, jangan kamu mengganggu orang berhampiran kamu serta solatlah seperti solat perpisahan.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1248, hadis nombor 6371. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: إذا سمعت النداء فأجب، وعليك السكينة، فإن أصبت فرجة وإلا فلا تضيق على أخيك، واقرأ بما تسمع أذنيك، ولا تؤذ جارك، وصل صلاة مودع.
[ابن الأعرابي، ابن دوست العلاف في ((الأمالي))، فر، الضياء، ((الضعيفة)) (2569)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu mendengar azan maka jawablah dan hendaklah kamu tenang kerana jika kamu mendapat ruang (untuk solat maka masuklah), jika tidak maka janganlah kamu menyempitkan saudara kamu dan bacalah bacaan yang didengari oleh telinga kamu, jangan kamu mengganggu orang berhampiran kamu serta solatlah seperti solat perpisahan.
[Riwayat Ibn al-A'rabi, Ibn Dusat al-'Allaf dalam al-Amali, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, al-Diya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no, 2569]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs