Jangan kamu melampaui batas terhadap ahli sufi

TEKS BAHASA ARAB

لا تطغوا على أهل الصوف والخرق؛ فإن أخلاقهم أخلاق الأنبياء، ولباسهم لباس الأنبياء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kamu melampaui batas terhadap ahli sufi. Sesungguhnya akhlak mereka adalah akhlak para Nabi dan pakaian mereka adalah seperti pakaian para Nabi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1940, hadis nombor 9726. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تَطْغَوا على أهل الصُّوفِ والخِرَقِ؛ فإن أخلاقَهم أخلاقُ الأنبياءِ، ولِباسَهم لباسُ الأنبياءِ.
[فر، ((الضعيفة)) (6017)]

(Palsu)
Daripada Anas RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu melampaui batas terhadap ahli sufi. Sesungguhnya akhlak mereka adalah akhlak para Nabi dan pakaian mereka adalah seperti pakaian para Nabi.
[Riwayat al-Dailami. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6017]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.