Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَطغوا على أَهلِ الصُّوفِ والخِرَقِ؛ فإنَّ أخلاقَهم أخلاقُ الأنبياءِ، ولباسَهم لباسُ الأنبياءِ.
Teks Bahasa Melayu
Jangan kamu melampaui batas terhadap ahli sufi. Sesungguhnya akhlak mereka adalah akhlak para Nabi dan pakaian mereka adalah seperti pakaian para Nabi.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1940, hadis no. 9726. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: لا تَطْغَوا على أهل الصُّوفِ والخِرَقِ؛ فإن أخلاقَهم أخلاقُ الأنبياءِ، ولِباسَهم لباسُ الأنبياءِ. [فر، ((الضعيفة)) (6017)]
(Palsu) Daripada Anas RA. Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu melampaui batas terhadap ahli sufi. Sesungguhnya akhlak mereka adalah akhlak para Nabi dan pakaian mereka adalah seperti pakaian para Nabi. [Riwayat al-Dailami. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6017]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman