Jangan kamu lupa akan dua perkara yang besar iaitu syurga dan neraka

TEKS BAHASA ARAB

لا تنسوا العظيمين. قلنا: وما العظيمان؟ قال: الجنة والنار. ثم بكى حتى جرى – أو قال: بل – دموعه ما بين لحييه، ثم قال: والذي نفسي بيده! لو تعلمون ما أعلم من علم الآخرة؛ لخرجتم إلى الصعدات، فلحثوتم على رؤوسكم التراب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kamu lupa akan dua perkara yang besar. Kami bertanya: Apakah dua perkara yang besar itu? Baginda menjawab: Syurga dan neraka. Kemudian baginda menangis sehingga air mata baginda mengalir atau perawi menyebut: sehingga air mata baginda membasahi janggutnya. Kemudian baginda bersabda: Demi jiwaku yang berada di tanganNya, sekiranya engkau mengetahui apa yang aku ketahui tentang ilmu akhirat, nescaya kamu semua akan pergi ke pergunungan dan melumurkan tanah ke kepala kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 710, hadis nombor 3631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال ﷺ: لا تنسوا العظيمين. قلنا: وما العظيمان؟ قال: الجنة والنار. ثم بكى حتى جرى – أو قال: بل – دموعه ما بين لحييه، ثم قال: والذي نفسي بيده! لو تعلمون ما أعلم من علم الآخرة؛ لخرجتم إلى الصعدات، فلحثوتم على رؤوسكم التراب.
[تخ، أبو يعلى في ((مسنده الكبير))، الدولابي، ((الضعيفة)) (6898)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu lupa akan dua perkara yang besar. Kami bertanya: Apakah dua perkara yang besar itu? Baginda menjawab: Syurga dan neraka. Kemudian baginda menangis sehingga air mata baginda mengalir atau perawi menyebut: sehingga air mata baginda membasahi janggutnya. Kemudian baginda bersabda: Demi jiwaku yang berada di tanganNya, sekiranya engkau mengetahui apa yang aku ketahui tentang ilmu akhirat, nescaya kamu semua akan pergi ke pergunungan dan melumurkan tanah ke kepala kalian.
[Riwayat Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Abu Ya’la dalam Musnad al-Kabir, al-Dawlabi dalam al-Asma’ wa al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6898].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs