Jangan kamu jadi orang yang mengetuai

TEKS BAHASA ARAB

كن ذئبا ولا تكن رأسا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jadilah kamu orang berdosa, jangan kamu jadi orang yang mengetuai.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 72, hadis nombor 303. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

من كلام إبراهيم بن أدهم، أوصى به بعض أصحابه، وزاد فإن الرأس يهلك والذئب يسلم.

Bersumberkan ucapan Ibrahim bin Adham ketika beliau menasihati sebahagian sahabat-sahabatnya, beliau menambah dalam ucapan tersebut: “Kerana mengetuai boleh menyebabkan kebinasaan sedangkan dosa boleh menyebabkan keselamatan (apabila bertaubat)”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs