Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كن ذئبا وَلا تَكُنْ رَأْسًا.
Teks Bahasa Melayu
Jadilah kamu orang berdosa, jangan kamu jadi orang yang mengetuai.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 72, hadis no. 303. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
من كلام إبراهيم بن أدهم، أوصى به بعض أصحابه، وزاد فإن الرأس يهلك والذئب يسلم.
Bersumberkan ucapan Ibrahim bin Adham ketika beliau menasihati sebahagian sahabat-sahabatnya, beliau menambah dalam ucapan tersebut: "Kerana mengetuai boleh menyebabkan kebinasaan sedangkan dosa boleh menyebabkan keselamatan (apabila bertaubat)".
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman