Jangan kamu berkata begini wahai ‘Aisyah

TEKS BAHASA ARAB

لا تَقُولِي هذا يا عائشة! فإنّها قد أسلمت، وحسن إسلامها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kamu berkata begini wahai ‘Aisyah. Safiyah telah memeluk Islam dan elok Islamnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1917 hadis nombor 9631. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عطاء بن يسار، قال: لما قدم رسول الله ﷺ من خيبر ومعه صفية؛ أنزلها في بيت من بُيُوت حارثة بن النعمان، فسمع بها نساء الأنصار وبجمالها، فجئن ينظرن إليها، وجاءت عائشة منتقبة حتى دخلت عليها، فعرفها، فلما خرجت؛ خرج رسول الله ﷺ على أثرها، فقال: كيف رأيتها يا عائشة؟ قالت: رأيت يهودية! قال: لا تَقُولِي هذا يا عائشة! فإنّها قد أسلمت، وحسن إسلامها.
[ابن سعد، ((الضعيفة)) (5980)]

(Palsu)
Daripada ‘Atha Bin Yasar, beliau berkata: Apabila Nabi SAW tiba daripada Khaibar, Baginda bersama Safiyah. Baginda menurunkan Safiyah di salah sebuah rumah Harithah Ibn Nu’man. Wanita Ansar mendengar tentang beliau dan kecantikannya. Mereka pergi untuk melihatnya. Lalu ‘Aisyah datang dalam keadaan menutup mukanya sehingga beliau masuk ke tempat Safiyah. Lantas baginda mengetahui (kedatangan) Aisyah. Apabila beliau keluar, Rasulullah SAW pun keluar mengikut Aisyah. Baginda bersabda: Bagaimana kamu melihatnya Wahai Aisyah? Aisyah menjawab: Aku melihat seorang wanita Yahudi. Nabi SAW bersabda: Jangan kamu berkata begini wahai ‘Aisyah. Safiyah telah memeluk Islam dan elok Islamnya.
[Riwayat Ibn Sa'd. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5980]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs