Jangan kamu berkahwin dengan wanita kerana kecantikannya

TEKS BAHASA ARAB

لا تزوجوا النساء لحسنهن، فعسى حسنهن أن يرديهن، ولا تزوجوهن لأموالهن أن تطغيهن، ولكن تزوجوهن على الدين، ولأمة خرماء سوداء ذات دين أفضل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kamu berkahwin dengan wanita kerana kecantikannya. Takut-takut kecantikannya nanti akan menjadikannya hina. Jangan berkahwin dengan wanita kerana hartanya. Takut-takut hartanya nanti akan menjadikannya jahat dan kejam. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang hamba perempuan yang terpotong hujung hidungnya juga berkulit hitam tetapi beragama adalah lebih baik buat kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 922, hadis nombor 4730. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((لا تزوجوا النساء لحسنهن، فعسى حسنهن أن يرديهن، ولا تزوجوهن لأموالهن أن تطغيهن، ولكن تزوجوهن على الدين، ولأمة خرماء سوداء ذات دين أفضل)).
[ه، هق، ((الضعيفة)) (1060)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin ‘Amru RA, dia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Jangan kamu berkahwin dengan wanita kerana kecantikannya. Takut-takut kecantikannya nanti akan menjadikannya hina. Jangan berkahwin dengan wanita kerana hartanya. Takut-takut hartanya nanti akan menjadikannya jahat dan kejam. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang hamba perempuan yang terpotong hujung hidungnya juga berkulit hitam tetapi beragama adalah lebih baik buat kamu.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan beliau, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1060].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs