Jangan kalian (wanita) berbicara dengan para lelaki melainkan lelaki yang mahram

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا تحدثن الرجال إلا أن تكون ذات محرم فإن الرجل لا يزال يحدث المرأة حتى يمذي بين فخذيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kalian (wanita) berbicara dengan para lelaki melainkan lelaki yang mahram, sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan berbicara dengan wanita sehingga keluar air mazi antara dua pehanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1090, hadis nombor 5538. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الحسن قال: كَانَ فِيمَا أَخَذَ لمَّا بايع النساءَ: أَلا تُحَدِّثْنَ الرِّجَالَ إِلا أَنْ تَكُونَ ذَاتَ مَحْرَمٍ فَإِنَّ الرَّجُلَ لا يَزَالُ يُحَدِّثَ الْمَرْأَةَ حَتَّى يُمْذِيَ بَيْنَ فَخْذَيْهِ. [ابن أبي حاتم، ابن سعد، ابن جرير، عب، الضعيفة (6058)].

(Munkar) Daripada al-Hasan, beliau berkata: Antara perjanjian yang diikat Rasulullah SAW ketika para wanita mengikat janji setia adalah: Jangan kalian (wanita) berbicara dengan para lelaki melainkan lelaki yang mahram, sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan berbicara dengan wanita sehingga keluar air mazi antara dua pehanya. [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir, riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat, riwayat Ibn Jarir dalam Jami‘ al-Bayan, riwayat ‘Abd al-Razzaq dalam musannafnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6058]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.