TEKS BAHASA ARAB
لا ترقدوا في مسجدي هذا، فخرج الناس، وخرج علي رضي الله عنه، فقال لعلي: [ ارجع ] فقد أحل لك فيه ما أحل لي، كأني بك تذودهم على الحوض، وفي يدك عصا عوسج.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jangan kalian tidur dalam masjidku ini. Lalu orang ramai dan Ali RA keluar. Baginda bersabda kepada Ali: Kembalilah. Sesungguhnya apa yang dihalalkan kepada aku dihalalkan juga kepada kamu. Seakan-akan aku menggunakan kamu menghalau mereka dari al-Haudh dan di tangan kamu ada tongkat daripada pokok ‘Ausaj.
STATUS
Terlalu munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1898 hadis nombor 9543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا)
عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما -، قال: أخرج رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أناساً من المسجد وقال: لا ترقدوا في مسجدي هذا، فخرج الناس، وخرج علي – رضي الله عنه -، فقال لعلي: [ارجع] فقد أحل لك فيه ما أحل لي، كأني بك تذودهم على الحوض، وفي يدك عصا عوسج.
[ابن شبة، ((الضعيفة)) (5487)]
(Terlalu Munkar)
Daripada Jabir Bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW mengeluarkan beberapa orang dari masjid. Baginda bersabda: Jangan kalian tidur dalam masjidku ini. Lalu orang ramai dan Ali RA keluar. Baginda bersabda kepada Ali: Kembalilah. Sesungguhnya apa yang dihalalkan kepada aku dihalalkan juga kepada kamu. Seakan-akan aku menggunakan kamu menghalau mereka dari al-Haudh dan di tangan kamu ada tongkat daripada pokok ‘Ausaj.
[Riwayat Ibn Shabbah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5487]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.