Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا ترقُدوا في مسجِدي هذا، فخرجَ النَّاسُ، وخرج عليٌّ رضيَ اللهُ عنهُ، فقال لِعليٍّ: [ ارجِعْ ] فقد أُحلَّ لكَ فيه ما أُحلَّ لي، كأنِّي بِكَ تذودُهم علَى الحوضِ، وفي يدِكَ عصا عَوسجٍ.
Teks Bahasa Melayu
Jangan kalian tidur dalam masjidku ini. Lalu orang ramai dan Ali RA keluar. Baginda bersabda kepada Ali: Kembalilah. Sesungguhnya apa yang dihalalkan kepada aku dihalalkan juga kepada kamu. Seakan-akan aku menggunakan kamu menghalau mereka dari al-Haudh dan di tangan kamu ada tongkat daripada pokok 'Ausaj.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1898, hadis no. 9543. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن جابر بن عبدالله - رضي الله عنهما -، قال: أخرج رسول الله - صلى الله عليه وسلم - أناساً من المسجد وقال: لا ترقدوا في مسجدي هذا، فخرج الناس، وخرج علي رضي الله عنه ، فقال لعلي: [ارجع] فقد أحل لك فيه ما أحل لي، كأني بك تذودهم على الحوض، وفي يدك عصا عوسج. [ابن شبة، ((الضعيفة)) (5487)]
(Terlalu Munkar) Daripada Jabir Bin Abdullah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW mengeluarkan beberapa orang dari masjid. Baginda bersabda: Jangan kalian tidur dalam masjidku ini. Lalu orang ramai dan Ali RA keluar. Baginda bersabda kepada Ali: Kembalilah. Sesungguhnya apa yang dihalalkan kepada aku dihalalkan juga kepada kamu. Seakan-akan aku menggunakan kamu menghalau mereka dari al-Haudh dan di tangan kamu ada tongkat daripada pokok 'Ausaj. [Riwayat Ibn Shabbah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5487]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman