Jangan kalian runtuhkan bangunan-bangunan

TEKS BAHASA ARAB

لا تهدموا الآطام؛ فإنها زينة المدينة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kalian runtuhkan bangunan-bangunan. Sesungguhnya ia perhiasan bagi kota Madinah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1882, hadis nombor 9481. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عمر- رضي الله عنهما – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((لا تَهْدِمُوا الآطامَ. فإنّها زينة المدينة)). [ الطحاوي، عد، (الضعيفة) (4859)]

(Munkar) Daripada Ibnu ‘Umar RA – bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Jangan kalian runtuhkan bangunan-bangunan. Sesungguhnya ia perhiasan bagi kota Madinah." [Riwayat al-Tahawi dan Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4859]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.