Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تَهْدِمُ الآطامَ. فإنّها زينة المدينة.
Teks Bahasa Melayu
Jangan kalian runtuhkan bangunan-bangunan. Sesungguhnya ia perhiasan bagi kota Madinah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1882, hadis no. 9481. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر- رضي الله عنهما – أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((لا تَهْدِمُوا الآطامَ. فإنّها زينة المدينة)). [ الطحاوي، عد، (الضعيفة) (4859)]
(Munkar) Daripada Ibnu ‘Umar RA – bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Jangan kalian runtuhkan bangunan-bangunan. Sesungguhnya ia perhiasan bagi kota Madinah." [Riwayat al-Tahawi dan Ibn ‘Adi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4859]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman