Jangan kalian mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain sekalipun kalian dipenggal, dibakar mahupun dibunuh

TEKS BAHASA ARAB

لا تشركوا بالله شيئا وإن قطعتم أو حرقتم أو قتلتم: ولا تتركوا الصلاة المكتوبة متعمدين، فمن تركها متعمدا؛ فقد خرج من الملة ولا تركبوا المعصية؛ فإنها من سخط الله. ولا تشربوا الحفر؛ فإنها رأس الخطايا كفها. ولا تفروا من القتل والموت دهان كنتم فيه. ولا تعصين والديك، وإن أمراك أن تخرج من الدنيا كلها، فاخرج. ولا تضغ عصاك عن أهلك؛ وأنصفهم من نفسك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasululullah SAW telah memberi kepadaku tujuh ikatan sambil bersabda: Jangan kalian mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain sekalipun kalian dipenggal, dibakar mahupun dibunuh. Dan jangan kalian meninggalkan solat yang telah difardhukan dengan sengaja dan siapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah keluar daripada agama. Dan janganlah kalian melakukan maksiat kerana ia mengundang kemurkaan Allah. Jangan pula kalian meminum arak kerana sesungguhnya ia adalah raja segala kejahatan. Jangan kalian lari daripada perang atau kematian sedang kalian sedang menghadapainya. Jangan kalian menderhakai kedua ibu bapa, jika mereka memintamu keluar dari dunia hendaklah kalian keluar. Dan jangan kalian memukul keluarga kalian dan bersikap adillah dengan dirimu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 957, hadis nombor 4940. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا السياق)
عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه – قال: أوصاني رسول الله بة بسبع خصال، قال: لا تشركوا بالله شيئا وإن قطعتم أو حرقتم أو قتلتم: ولا تتركوا الصلاة المكتوبة متعمدين، فمن تركها متعمدا؛ فقد خرج من الملة. ولا تركبوا المعصية؛ فإنها من سخط الله. ولا تشربوا الحفر؛ فإنها رأس الخطايا كفها. ولا تفروا من القتل والموت دهان كنتم فيه. ولا تعصين والديك، وإن أمراك أن تخرج من الدنيا كلها، فاخرج. ولا تضغ عصاك عن أهلك؛ وأنصفهم من نفسك.
[تخ، ابن نصر في ((الصلاة))، ابن عبد الحكم في ((فتوح مصر))، ابن ابي حاتم في ((تفسيره))، طب، ((الضعيفة)) (5991)].

(Munkar dengan lafaz ini)
Diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Samit RA telah berkata: Rasululullah SAW telah memberi kepadaku tujuh ikatan sambil bersabda: Jangan kalian mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain sekalipun kalian dipenggal, dibakar mahupun dibunuh. Dan jangan kalian meninggalkan solat yang telah difardhukan dengan sengaja dan siapa yang meninggalkannya maka sesungguhnya dia telah keluar daripada agama. Dan janganlah kalian melakukan maksiat kerana ia mengundang kemurkaan Allah. Jangan pula kalian meminum arak kerana sesungguhnya ia adalah raja segala kejahatan. Jangan kalian lari daripada perang atau kematian sedang kalian sedang menghadapainya. Jangan kalian menderhakai kedua ibu bapa, jika mereka memintamu keluar dari dunia hendaklah kalian keluar. Dan jangan kalian memukul keluarga kalian dan bersikap adillah dengan dirimu.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, Ibn Nasr dalam al-Solat, Ibn Abd Al-Hakim dalam Futuh Misr, Ibn Abi Hatim dalam Tafsirnya dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5991].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs