TEKS BAHASA ARAB
لا تسبوها؛ فنعمت الدابة؛ فإنها أيقظتكم لذكر الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jangan kalian mencelanya. Ia adalah sebaik-baik binatang. Ia mengejutkan kamu untuk mengingati Allah.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1898 hadis nombor 9544. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه -، قال: نزلنا منزلا فآذتنا البراغيث فسببناها، فقال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: لا تسبوها؛ فنعمت الدابة؛ فإنها أيقظتكم لذكر الله.
[طس، ((الضعيفة)) (5273)]
(Palsu)
Daripada Ali Bin Abu Talib RA, beliau berkata: Kami singgah di satu kawasan. Lalu ada pepijat yang menggigit kami. Lantas kami mencelanya. Rasulullah SAW bersabda: Jangan kalian mencelanya. Ia adalah sebaik-baik binatang. Ia mengejutkan kamu untuk mengingati Allah.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5273]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.