Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا تسُبُّوها؛ فنعمتِ الدابةُ؛ فإنها أيقظتكُم لذكرِ اللهِ.
Teks Bahasa Melayu
Jangan kalian mencelanya. Ia adalah sebaik-baik binatang. Ia mengejutkan kamu untuk mengingati Allah.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1898, hadis no. 9544. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه ، قال: نزلنا منزلا فآذتنا البراغيث فسببناها، فقال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: لا تسبوها؛ فنعمت الدابة؛ فإنها أيقظتكم لذكر الله. [طس، ((الضعيفة)) (5273)]
(Palsu) Daripada Ali Bin Abu Talib RA, beliau berkata: Kami singgah di satu kawasan. Lalu ada pepijat yang menggigit kami. Lantas kami mencelanya. Rasulullah SAW bersabda: Jangan kalian mencelanya. Ia adalah sebaik-baik binatang. Ia mengejutkan kamu untuk mengingati Allah. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5273]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman