Jangan kalian mencela ahli Syam, sesungguhya ada dalam kalangan mereka wali-wali badal

TEKS BAHASA ARAB

لا تسبوا أهل الشام فإن فيهم البدلاء كلما مات رجل منهم أبدل الله مكانه رجلا آخر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kalian mencela ahli Syam, sesungguhya ada dalam kalangan mereka wali-wali badal, setiap kali mati salah seorang daripada mereka, Allah akan menggantikan seorang lelaki yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 136, hadis nombor 308. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره أحمد ولا يصح أيضا فإنه منقطع.

Imam Ahmad menyebutkannya, hadis ini juga tidak sahih, ia terputus (munqati’).

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs