Jangan kalian memberi ganti rugi untuk barang yang hilang dan jangan kembalikan kepada orang yang meminta

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كنا جلوسا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: لا يضمن أحدكم ضالة ولا يردن سائلا إن كنتم تحبون الربح والسلامة. وقال لقوم سفر: لا يصحبنكم ضلال من هذه النعم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kami duduk di samping Rasulullah SAW. Lalu Baginda bersabda: Jangan kalian memberi ganti rugi untuk barang yang hilang dan jangan kembalikan kepada orang yang meminta jika kalian ingin keuntungan dan keselamatan. Baginda berkata kepada sekumpulan orang bermusafir : Jangan haiwan yang hilang ini mengiringi kalian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 900-901, hadis nombor 4613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي ريطة كرامة المذحجي رضي الله عنه قال: كنا جلوسا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: لا يضمن أحدكم ضالة ولا يردن سائلا إن كنتم تحبون الربح والسلامة. وقال لقوم سفر: لا يصحبنكم ضلال من هذه النعم. [الدولابي في الكنى, طب, ابن عساكر, الضعيفة (6157)]

(Lemah) Daripada Abu Raitah Karamah al-Mizhaji, beliau berkata: Kami duduk di samping Rasulullah SAW. Lalu Baginda bersabda: Jangan kalian memberi ganti rugi untuk barang yang hilang dan jangan kembalikan kepada orang yang meminta jika kalian ingin keuntungan dan keselamatan. Baginda berkata kepada sekumpulan orang bermusafir : Jangan haiwan yang hilang ini mengiringi kalian. [Al-Dulabi di dalam Al-Kuna, Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Ibn ‘Asakir, Al-Dha’ifah no 6157]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.