Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يضمنُ أحدُكم ضالَّةً ، ولا يردَّنَّ سائلًا ؛ إن كنتم تحبون الربحَ والسلامةَ . وقال لقومٍ سفرٍ : لا يصحبَنَّكم ضلالٌ من هذه النعمِ
Teks Bahasa Melayu
Kami duduk di samping Rasulullah SAW. Lalu Baginda bersabda: Jangan kalian memberi ganti rugi untuk barang yang hilang dan jangan kembalikan kepada orang yang meminta jika kalian ingin keuntungan dan keselamatan. Baginda berkata kepada sekumpulan orang bermusafir : Jangan haiwan yang hilang ini mengiringi kalian.
Sahabat Perawi
- Abu Raitah karamah al-Mizhaji RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 900-901, hadis no. 4613. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي ريطة كرامة المذحجي رضي الله عنه قال: كنا جلوسا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: لا يضمن أحدكم ضالة ولا يردن سائلا إن كنتم تحبون الربح والسلامة. وقال لقوم سفر: لا يصحبنكم ضلال من هذه النعم. [الدولابي في الكنى, طب, ابن عساكر, الضعيفة (6157)]
(Lemah) Daripada Abu Raitah Karamah al-Mizhaji, beliau berkata: Kami duduk di samping Rasulullah SAW. Lalu Baginda bersabda: Jangan kalian memberi ganti rugi untuk barang yang hilang dan jangan kembalikan kepada orang yang meminta jika kalian ingin keuntungan dan keselamatan. Baginda berkata kepada sekumpulan orang bermusafir : Jangan haiwan yang hilang ini mengiringi kalian. [Al-Dulabi di dalam Al-Kuna, Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Kabir, Ibn ‘Asakir, Al-Dha’ifah no 6157]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman