Jangan kalian cela 'Ali

TEKS BAHASA ARAB

لاتسبوا عليا فإنه ممسوس في ذات الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan kalian cela ‘Ali. Sesungguhnya dia dikawal dengan zat Allah ta’ala.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1789, hadis nombor 9015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن كعب بن عجرة – رضي الله عنه – مرفوعاً: «لا تسبوا علياً؛ فإنه ممسوس في ذات الله – تعالى – ». [حل، «الضعيفة» (895)].

(Sangat Lemah) Daripada Ka’ab bin ‘Ajzah RA, Nabi SAW bersabda: “Jangan kalian cela ‘Ali. Sesungguhnya dia dikawal dengan zat Allah ta’ala.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 895]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs