Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لاتَسُبُّوا عليًّا فإنه مَمْسوسٌ في ذاتِ اللهِ تعالى.
Teks Bahasa Melayu
Jangan kalian cela 'Ali. Sesungguhnya dia dikawal dengan zat Allah ta'ala.
Sahabat Perawi
- Ka’ab bin ‘Ajzah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1789, hadis no. 9015. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن كعب بن عجرة - رضي الله عنه - مرفوعاً: «لا تسبوا علياً؛ فإنه ممسوس في ذات الله - تعالى - ». [حل، «الضعيفة» (895)].
(Sangat Lemah) Daripada Ka’ab bin ‘Ajzah RA, Nabi SAW bersabda: “Jangan kalian cela 'Ali. Sesungguhnya dia dikawal dengan zat Allah ta'ala.” [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 895]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman