Jangan jual pedang dengan harga yang mahal

TEKS BAHASA ARAB

لا تغالوا في أثمان السيوف فإنها مأمورة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jangan jual pedang dengan harga yang mahal. Sesungguhnya ianya telah diperintahkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1024, hadis nombor 5262. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن عباس وعبدالله بن بسر رضي الله عنهم قالا قال رسول الله ﷺ: لا تغالوا في أثمان السيوف، فإنها مأمورة. [عد, فر, الضعيفة (6248)]

(Palsu) Daripada Abdullah bin ‘Abbas dan Abdullah bin Busr RA mereka berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jangan jual pedang dengan harga yang mahal. Sesungguhnya ianya telah diperintahkan. [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, al-Dailami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 6248]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs