TEKS BAHASA ARAB
لا تجعلوا على العاقلة من قول معترف شيئا
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jangan jadikan orang yang membayar diat itu terkesan dengan kata-kata orang yang membuat pengakuan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 788, hadis nombor 4047. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبادة بن الصامت: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لا تجعلوا على العاقلة من قول معترف شيئا. [ طب، حل، ((الضعيفة)) (2566)]
(Palsu) Daripada Ubadah bin al-Samit RA bahawa Rasulullah SAW berkata: “Jangan jadikan orang yang membayar diat itu terkesan dengan kata-kata orang yang membuat pengakuan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nuaim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2566]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.