Jangan engkau lakukan ia, kerana sesungguhnya jika mereka lapar mereka mencuri,

TEKS BAHASA ARAB

 رَأَى طَعَامًا فَقَالَ لِمَنْ هَذَا؟ قَالَ الْعَبَّاسُ: لِلْحَبَشَةِ أُطْعِمُهُمْ قَالَ: لا تَفْعَلْ إِنَّهُمْ إِنْ جَاعُوا سَرَقُوا وَإِنْ شَبِعُوا زَنَوْا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu ketika Rasulullah melihat makanan lalu bertanya: ‘Untuk siapa makanan ini?’ Lalu al-Abbas menjawab: ‘Untuk orang Habsyah, aku akan berikan makanan ini kepada mereka. Baginda bersabda, ‘Jangan engkau lakukan ia, kerana sesungguhnya jika mereka lapar mereka mencuri, dan jika mereka kenyang mereka akan berzina.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Hadis-hadis celaan kepada orang Habsyah dan Sudan kesemuanya palsu. Seperti hadis: …

رَأَى طَعَامًا فَقَالَ لِمَنْ هَذَا؟ قَالَ الْعَبَّاسُ: لِلْحَبَشَةِ أُطْعِمُهُمْ قَالَ: لا تَفْعَلْ إِنَّهُمْ إِنْ جَاعُوا سَرَقُوا وَإِنْ شَبِعُوا زَنَوْا
“Suatu ketika Rasulullah melihat makanan lalu bertanya: ‘Untuk siapa makanan ini?’ Lalu al-Abbas menjawab: ‘Untuk orang Habsyah, aku akan berikan makanan ini kepada mereka.’ Baginda bersabda, ‘Jangan engkau lakukan ia, kerana sesungguhnya jika mereka lapar mereka mencuri, dan jika mereka kenyang mereka akan berzina.”
—————————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh ad-Daruqutni daripada jalan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (2/630). Dalam isnadnya terdapat ‘Umar bin Hafs al-Makki dan tidak ada orang lain yang meriwayatkannya. Rujuk: al-Fawaid al-Majmu’ah (ms 415).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon