Jangan engkau berkata kepada Bani Tamim melainkan perkara yang baik sahaja

TEKS BAHASA ARAB

أن رجلا نال من بني تميم عنده فأخذ كفا من حصى ليحصبه ثم قال عكرمة: حدثني فلان من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم: أن تميما ذكروا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال رجل: أبطأ هذا الحي من تميم عن هذا الأمر فنظر رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى مزينة فقال: ما أبطأ قوم هؤلاء منهم. وقال رجل يوما: أبطأ هؤلاء القوم من تميم بصدقاتهم قال: فأقبلت نعم حمر وسود لبني تميم فقال النبي صلى الله عليه وسلم: هذه نعم قومي. ونال رجل من بني تميم يوما فقال: لا تقل لبني تميم إلا خيرا فإنهم أطول الناس رماحا على الدجال.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang lelaki menghina Bani Tamim. Lalu dia mengambil batu kecil untuk melemparkannya kepada lelaki tersebut. Kemudian ‘Ikrimah berkata: Fulan daripada sahabat Nabi SaW menceritakan: Sesungguhnya Bani Tamim disebut di sisi Rasulullah SAW, lalu berkata: Lambat sungguh Bani Tamim menyempurnakan perkara ini. Kemudian Rasulullah SAW melihat kepada perhiasan lalu Baginda SA bersabda: Tiada kaum yang lebih lambat daripada mereka. Dan seorang lelaki berkata pada suatu hari: Bani Tamim begitu lewat di dalam memberi sedekah. Ibnu ‘Abbas berkata: Aku melihat binatang ternakan putih dan hitam untuk Bani Tamim, lalu Nabi SAW bersabda: Ini ialah binatang ternakan kaumku. Kemudian seorang lelaki dari Bani Tamim berkata pada suatu hari: Jangan engkau berkata kepada Bani Tamim melainkan perkara yang baik sahaja. Mereka merupakan orang yang paling banyak memerangi Dajjal.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 909, hadis nombor 4647. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عكرمة بن خالد: أن رجلا نال من بني تميم عنده فأخذ كفا من حصى ليحصبه ثم قال عكرمة: حدثني فلان من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم: أن تميما ذكروا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال رجل: أبطأ هذا الحي من تميم عن هذا الأمر فنظر رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى مزينة فقال: ما أبطأ قوم هؤلاء منهم. وقال رجل يوما: أبطأ هؤلاء القوم من تميم بصدقاتهم قال: فأقبلت نعم حمر وسود لبني تميم فقال النبي صلى الله عليه وسلم: هذه نعم قومي. ونال رجل من بني تميم يوما فقال: لا تقل لبني تميم إلا خيرا فإنهم أطول الناس رماحا على الدجال. [حم, الضعيفة (6798)]

(Lemah) Daripada ‘Ikrimah Bin Khalid: Seorang lelaki menghina Bani Tamim. Lalu dia mengambil batu kecil untuk melemparkannya kepada lelaki tersebut. Kemudian ‘Ikrimah berkata: Fulan daripada sahabat Nabi SaW menceritakan: Sesungguhnya Bani Tamim disebut di sisi Rasulullah SAW, lalu berkata: Lambat sungguh Bani Tamim menyempurnakan perkara ini. Kemudian Rasulullah SAW melihat kepada perhiasan lalu Baginda SA bersabda: Tiada kaum yang lebih lambat daripada mereka. Dan seorang lelaki berkata pada suatu hari: Bani Tamim begitu lewat di dalam memberi sedekah. Ibnu ‘Abbas berkata: Aku melihat binatang ternakan putih dan hitam untuk Bani Tamim, lalu Nabi SAW bersabda: Ini ialah binatang ternakan kaumku. Kemudian seorang lelaki dari Bani Tamim berkata pada suatu hari: Jangan engkau berkata kepada Bani Tamim melainkan perkara yang baik sahaja. Mereka merupakan orang yang paling banyak memerangi Dajjal. [Musnad Ahmad Bin Hanbal, Al-Dhaifah no. 6798].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs