TEKS BAHASA ARAB
لا يتقدم الصف الأول أعرابي، ولا أعجمي، ولا غلام لم يحتلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Jangan biarkan orang Badwi, orang ‘Ajam (bukan bangsa arab) dan budak yang belum bermimpi (baligh) berada di saf pertama.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1940, hadis nombor 9727. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال رسول الله ﷺ: لَا يَتَقَدَّمُ الصَّفَّ الأَوَّلَ أَعْرَابِيٌّ، وَلَا أَعْجَمِيٌّ، وَلَا غُلَامٌ لَمْ يَحْتَلِمْ.
[قط، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (6022)]
(Munkar)
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jangan biarkan orang Badwi, orang ‘Ajam (bukan bangsa arab) dan budak yang belum bermimpi (baligh) berada di saf pertama.
[Riwayat al-Daruqutni dan Ibn al-Jauzi dalam al-'Ilal al-Mutanahiah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6022]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.