TEKS BAHASA ARAB
لا تعجزوا في الدعاء فإنه لا يهلك مع الدعاء أحد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Janganlah kamu merasa lemah ketika berdoa kerana tidak ada seorang pun yang binasa dengan doa.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1411, hadis nombor 7160. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن أنس رضي الله عنه مرفوعا: لا تعجزوا في الدعاء فإنه لا يهلك مع الدعاء أحد.
[عق، عد، حب، ك، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الضياء، ((الضعيفة)) (843)]
(Sangat lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Janganlah kamu merasa lemah ketika berdoa kerana tidak ada seorang pun yang binasa dengan doa.
[Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Ibn Hibban, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan dan al-Dhiya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 843]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.