Jangan berikan apa yang kamu tidak makan kepada orang yang meminta.

TEKS BAHASA ARAB

أهدي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ضب فلم يأكل منه قالت: فقلت: يا رسول الله ألا أطعمه السؤال قال: لا تطعمي السؤال ما لا تأكلين منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW diberikan biawak padang pasir sebagai hadiah namun Baginda SAW tidak menjamahnya. ‘Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, adakah boleh aku berikan kepada orang yang meminta? Baginda SAW menjawab: Jangan berikan apa yang kamu tidak makan kepada orang yang meminta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 900, hadis nombor 4611. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة قالت: أهدي إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم ضب فلم يأكل منه قالت: فقلت: يا رسول الله ألا أطعمه السؤال قال: لا تطعمي السؤال ما لا تأكلين منه. [ش, ع, ابن أبي حاتم في العلل, الضعيفة (6304/م)]

(Lemah) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Nabi SAW diberikan biawak padang pasir sebagai hadiah namun Baginda SAW tidak menjamahnya. ‘Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, adakah boleh aku berikan kepada orang yang meminta? Baginda SAW menjawab: Jangan berikan apa yang kamu tidak makan kepada orang yang meminta. [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Musnad Abi Ya’la, Ibn Abi Hatim di dalam Al-‘Ilal. Al-Dha’ifah no 6304].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs